Monday, 10 November 2014

KOTAK A atau KOTAK B

Mana mungkin laluan itu akan sama sedangkan kita manusia diberi laluan yang berbeza? Itu hanya omongan si polan yang tidak kreatif. Laluan itu hanya akan sama sekiranya pilihan itu dibuat sepakat dan seiring. Jika seseorang memilih KOTAK A untuk membuatkannya gembira, tidak semestinya KOTAK B adalah kesedihan atau kemurungan. Semuanya ditentukan bagaimana kita mengolah corak destinasi sendiri. 


KOTAK A atau KOTAK B; yang pasti tangan dan akalmu sendiri yang mencanting batik hidupmu. 


Jika pilihan ingin sama, maka stratergi perlu ada. Perlu kukuh. Perlu kritis. Memang ada ketikanya jalan yang dipilih di awal kisah akan nampak sama dan bersahaja. Namun rintangan yang akan membuatkan perjalanan itu kelihatan berbeza. Kata kunci di sini, bagaimana anda menangani situasi tersebut yang akan membuatkan anda kelihatan sama atau berbeza.

Luahan kata seperti ini hnya akan memeningkan sekiranya kita malas untuk mengerah otak berfikir. Berfikirlah. Berfikir agar tidak lemah otak dan cerdas akal menanti anda. Makin ligat anda berfikir, maka sel-sel otak sebelah kanan mahupun kiri akan mudah meyalurkan maklumat dan ideanya yang membuak-buak. 

Itulah juga ertinya sebuah kehidupan. Kita hidup mempunyai hala tuju yang satu, menghambakan dirinya kepada yang Esa. Jalan kita sebenarnya sama, cuma pilihan yang sama itu akan mempunyai jurang beza yang ketara jika kita gagal menguasai akal untuk memilih.

Yang mana satu pilihan anda?